Bubur Nasi Berlauk yang walla!!
Bubur nasi bersama ikan masin, goreng kacang panjang hati ayam,sambal cili padi ikan bilis berkentang dan carikan ayam.
Bangun pagi minggu - apa lagi yang ada di minda dengan anak anak semua ada di rumah --tentulah apa menu untuk sarapan ... masing-masing ada request --Razin nak makaroni bakar, Yasmin nak buat "kimbap" aka lemang Korea! (kata ayahnya), Jannah - macam biasa spaghetti bolognaisenye manakala Nazif seperti biasa apa pun BOLEH- janji ada makanan.
Anak-anak masih tidur. Biasalah malam minggu..tidur lewat. Masuk dapur, buka peti ais --tengok apa yang ada. Kangkung tiada--kacang panjang ..bolehlah-janji ada sayur .
Meh , kita tengok resepinya.
Dari atas kanan - sambal cili api, kacang panjang goreng, ikan masin, hirisan daun sup dan ayam yang telah dicarik. |
Sup Ayam:
Rebus isi ayam (dada) bersama 5 cawan air
1kiub pati ayam -kak guna Knorr
Seketul halia, 5 ulas bawang putih (diketuk) dan sebiji bawang besar (dihiris)
Renihkan ayam sehingga masak. Ayam kemudian dikeluarkan dan dicarik-carik.
Bubur Nasi:
1 mangkuk beras
4 cawan air sup ayam (Kalau tidak cukup kembang nasinya - tambah dengan air biasa)
1 kiub pati ayamSehelai daun pandan atau sebatang serai (ikut suka)
Masak atas api sehingga nasi kembang menjadi bubur.
(Akak masak guna periuk tekanan Noxxa- set masa 7 minit sahaja dah masak.) Oklah kan - dah 5 series baru dapat guna periuk begini..uhuh
Resepi Sambal Cili Padi Ikan Bilis Bersama Kentang
2 biji kentang dikupas dan potong seperti kentang goreng (kerat 2 atau 3 agar lebih pendek-senang nak makan)1 bungkus lobak masin- potong dadu dan rendam dengan air
2 genggam ikan bilis
*15 - 20 biji cili padi
*6 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
* dikisar kasar
sebatang serai (diketuk) dan sebiji bawang besar dipotong bulat
2 keping asam , garam, gula
Panaskan minyak-goreng kentang-lembut -angkat.
ikan bilis - goreng dengan minyak yang sama-angkat
lobak masin- goreng - angkat.
Minyak yang tadi juga- tumis cili padi yang telah diblender, masukkan serai yang diketuk dan asam keping
Biar hingga garing , masukkan gula dan sedikit garam
Masukkan ikan bilis, kentang dan lobak masin tadi serta bawang yang dah dipotong bulat, Sesuaikan rasanya.
Ikan masin yang dibeli di Kuala Kedah- bersama cili padi dan bawang
Bubur nasi yang telah siap untuk dinikmati....Jom Makan!
Ikan Masin Goreng
Ikan masin (apa sahaja ikan masin) - goreng dan keluarkan - letak dalam piring.Masukkan sebiji bawang besar dan 8 biji cili yang dihiris ke dalam minyak tadi.
Garing - masukkan ikan masin tadi - gaul dan angkat.
Resepi kacang panjang bersama hati dan mempedal ayam.
10 batang kacang panjang- hiris panjangSebungkus cendawan hitam - juga dihiris panjang-panjang.
Sedikit mempedal dan hati ayam- potong kecil dan bersihkan - gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
3 ulas bawang putih yang dicincang halus dan sedikit hirisan bawang merah dan hirisan cili merah.
Panaskan minyak - goreng mempedal dan hati ayam yang telah digaramkunyitkan-goreng garing.
Ketepikan- masukkan bawang putih dan bawang merah serta cili yang dihiris tadi.
Garing - masukkan kacang panjang dan cendawan- gaul rata. Rasa garamnya.
Bubur nasi ini sebenarnya boleh dimakan bersama kangkung goreng belacan dan telur masin yang direbus dan dihancurkan. Untuk lebih menyelerakan - hidangkan bersama daun sup, daun bawang yang dihiris dan bawang goreng.
Apa-apa pun - ikut selera masing-masing.. dalam menikmati hidangan.. janji sodap!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan