Khamis, 11 September 2014

Makan Malam - masak lemak cili padi ayam nangka muda dengan masak tempoyak daun kayu .



Malam ini baru lah dapat meluangkan masa untuk menulis tentang resepi yang ari tu... Sibuk dengan dua anak lelaki yang tak sabar nak makan dan kena perhatikan aktiviti mereka seharian. Anak zaman sekarang , generasi Y yang sentiasa ada sahaja jawapannya jika ditegur. tidak suka dikritik dan punya pandangan sendiri.

Jom kita layan resepi hari tu.. memang resepinya mudah kerana tujuan blog ini dicipta untuk tatapan anak-anak gadis akak yang tak berapa nak pandai masak..sedangkan ibu mereka antara ibu yang boleh masak.
Sibuk belajar, yang pertama - Jannah di UITM,Shah Alam. Yasmin yang kedua di Kolej MARA Banting. Tinggallah 2 lagi yang lelaki.. suka-suka hati melakukan penderaan ke atas ibu mereka...sentiasa lapar..


Resepi -resepinya:

1. Masak lemak cili padi ayam dengan nangka muda.

Bahan-bahannya:

Ayam (ikut ramai yang makan)-potong kecil dan basuh bersih-jangan lupa selawat.
Nangka muda-rebus dahulu dengan garam sampai lembut
*10 tangkai cili padi- nak pedas lebihkan
*kunyit hidup 2 hiris
*bawang merah 3 - 4 ulas
* diblender halus

Ketuk 2 batang serai, sebuku halia dan sebuku lengkuas, asam keping-2hiris
Masuk ayam dan semua bahan dalam periuk. kecuali nangka muda.
Masukkan santan- akak guna separuh santan kotak - yang paling ok ialah cap ayam. Separuh lagi simpan untuk jadikan pati.
Masak sehingga menggelegak - bila ayam dah lembut- masukkan nangka yang dah rebus tadi. Kacau lagi agar mesra. Rasa garam dan gulanya...masukkan santan yang baki tadi..kacau perlahan dan jangan lama.Sesuaikan rasanya...Kalau suka masuk daun kunyit- sedap woooo.wangi sangat tetapi ayah kepada anak-anak akak tak makan daun kunyit--busuk dia kata...akak makan dengan nasi daun kunyit tu--sodap
bonar!!!

Resepi ke-2 - Masak lemak tempoyak daun kayu

Bahan-bahan :
HIRIS halus-halus
3 ikat pucuk ubi -ambik yang lembut- hiris dan celur Dah celur=buang air dan tapis.
2 helai daun kunyit
1 ikat pucuk labu
3 helai daun mangun (kalau tak tahu- tanya mak kat kampung)
4 helai pucuk kaduk
4 helai daun semangkuk - pilih yang lembut
(pelbagai jenis pucuk kayu boleh masuk dalam lauk ini cuma pastikan daun tu yang boleh dimakan.
 Dah siap hiris semua - basuh dan masukkan semua dalam sebuah periuk.

Bahan kisar;
20 tangkai cili padi
seketul kunyit hidup
3 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis
2 atau 3 senduk tempoyak

Sekarang masanya untuk blender 20 tangkai cili padi, kunyit hidup dan bawang merah 3biji . Dah kisar halus - masukkan segenggam ikan bilis dan dikisar kasar. Siap- masuk dalam periuk daun-daun tadi.
Seterusnya masukkan 2 atau 3 senduk tempoyak ( Janganlah tempoyak yang dah lama sangat- nanti masam sangat. Selalunya Kak Su campurkan tempoyak yang baru dibuat dengan yang lama.-ngam rasanya.

Masukkan juga santan pekat dari sebiji kelapa. jangan lupa hiris dua petai-petai dan masukkan dalam periuk. Kacau rata-rata.Jerang atas dapur. Kacau selalu nanti hangus- Dah masak - rasa garam gulanya... OK=dah siap.

Lauk pucuk kayu tempoyak ini sedap bila dipanaskan keesokan harinya..Ikan masin goreng dimakan dengan pucuk kayu tempoyak--pppeeerrgghhh- hanya orang yang pernah makan dapat menilai keenakannya.. Jemput makan!



Jemput makan!












Tiada ulasan:

Catat Ulasan