Khamis, 18 September 2014

Cucur udang dan kuah kacang sempoi untuk sarapan pagi


Pagi Khamis - apa sarapan pagi ini? Agak lama tidak mengadun cucur udang.  Adapun bapa kepada anak-anak saya suka makan cucur udang dengan kuah kacang manakala saya suka makan cucur udang begitu saja atau dicicah dengan kuah sos cili. Akak  sebenarnya cukup malas nak goreng kacang tanah. tapi pagi ni terpaksalah juga. Kita jenguk resepinya dulu ye
Inilah rupa cucur udang yang telah digoreng



Resepi Cucur Udang:

500gram tepung gandum
50 sen taugeh-bersihkan dan ditapis.
Secekak daun kucai- dipotong pendek dan bersihkan.
Udang ikut suka berapa banyak nak letak=buang kepala dan ekor.
3 biji bawang putih ditumbuk halus
Setengah sudu kecil kunyit- tak kuning boleh tambah lagi.
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder- jangan banyak nanti rasa pahit kat lidah.
Air - ikut kepekatan yang dikehendaki.




 Cara-cara:
1.Ambil satu mangkuk besar,campurkan taugah,daun kucai, garam,serbuk kunyit, bawang putih tumbuk dan telur- gaul dengan secawan air= biar rata.
2. Masukkan tepung dan baking powder dan udang - gaul lagi- sampai jadi macam adunan kuih ketayap.
3. Rehatkan 15 minit.
4. Goreng dalam minyak yang panas.







 Inilah rupanya cucur yang telah dipotong



 Resepi kuah kacang:

200gram kacang tanah-goreng dan diblender agak halus.
10 - 13 tangkai cili yang telah diblender dengan :
2 hiris halia, 2 hiris lengkuas , sebatang serai dihiris , 5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih serta belacan sebesar ibu jari.( atau udang kering)
sedikit air asam jawa
gula merah, gula pasir dan garam.




Cara-caranya:

1. Panaskan kuali dengan 3 sudu minyak. Tumis cili yang telah diblender tadi
2. Garing , masukkan air asam  dan kacang tumbuk tadi- Kacau rata.
3. Masukkan gula merah,sedikit gula dan garam. Pastikan secukup rasa.
4. Biar menggelegak dan keluar minyak.
5. Boleh ditambah air jika pekat.

Taaadddaaa ---- jemput makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan