Ahad, 21 September 2014

Nasi Minyak - Kurma Ayam Terbabas dan Papadom yang enak rasanya untuk anak-anak..

Apa lagi yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila semua anak ada di rumah- bising tetapi biarlah..
Apa lagi tugas akak, masak sesuatu untuk mereka.. lama rasanya tidak masak kurma ayam....... gandingannya tentulah nasi minyak. Bersama papadom yang garing dan  sedikit acar timun yang ringkas tetapi tak sempat nak siap untuk ditayangkan Resepi nasi minyak ini akak belajar semasa mengajar di Serdang , Kedah. Menurut kata Cikgu Ghazali, kalau lebih air halianya lebih sedap. 3 ketul halia akak rasa dah cukup  (terpulang lah kalau nak lebih sikit) . Jom kita lihat resepinya;



Resepi Nasi Minyak

7 pot beras (guna beras Jasmine je).
Air untuk masak nasi
1/4 cawan susu cair
2 kiub pati ayam (akak guna Knorr)
3 ketul halia diblender halus dan tapis airnya untuk dimasukkan airnya dalam nasi.

Bahan tumis;
1/2 cawan minyak sapi
*8 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*dihiris
Kulit kayu manis and the gang
3 helai daun pandan- dibasuh dan simpul
2 batang serai diketuk



                                                                           

Cara penyediaannya;

Basuh beras dan tapis.
Panaskan kuali dengan minyak sapi- tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis and the gang, daun pandan dan serai hingga naik bau.
Sambil itu masukkan susu cair dalam periuk nasi elektrik, masukkan juga kiub pati ayam. Masukkan air halia yang ditapis tadi. Hancurkan kiub pati ayam dan masukkan beras tadi. Ratakan beras dan sukat air agar sama dengan tinggi beras. Akak guna cara yang emak ajar dari dulu sampai sekarang( air tangan untuk anak-anak). Akhirnya masukkan bawang dll yang digoreng tadi dengan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik tadi dan masak nasi seperti biasa.



Resepi Kurma Ayam Terbabas

Bahan-bahannya:
1ekor ayam dipotong kecil- basuh bersih (Selawat ye- jangan lupa)
Sebungkus rempah kurma (akak guna Babas)
3 biji ubi kentang- potong 4
2 biji cili merah , 2 biji cili merah dan beberapa biji cili padi (akak masuk sebiji-sebiji-tak potong)
1 biji bawang besar dipotong besar-besar
1 batang lobak merah - potong dadu panjang
satu perdu kecil daun sup dikerat-kerat anggaran 2 inci
1 biji tomato- potong 4
1 mangkuk santan pekat

Bahan tumisan;
*4 ulas bawang putih
*8 ulas bawang merah
*2 inci halia
*dihiris
Kulit kayu manis and the gang.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak dalam periuk
masukkan bahan tumisan. Garing dan berbau wangi.

Masukkan air anggaran 11/2 cawan - bila mendidih- masukkan rempah kurma- kacau rata.
biar masak lama - kering tambah air dan biar mendidih.
Masukkan ayam yang telah dibasuh tadi. Kacau dan biar air ayam keluar. Masukkan santan dan ubi kentang.
Apabila telah menggelegak, ayam dan kentang menjadi lembut - masukkan lobak merah, bawang besar, cili hijau, cili merah, cili padi dan akhir sekali tomato serta daun sup tadi. Rasa garamnya.


Dah siap - tambah dengan gorengan papadom. Rojak timun mentah boleh cuba resepi di bawah;

Dalam sebuah mangkuk gaul sesudu cuka masak, gula dan garam . Stabilkan rasa masam,manis dan masin. Sesudah itu , masukkan  hirisan setengah batang timun (buang kulit luar) , hirisan bawang dan cili merah .Gaul rata dan sesuaikan rasa.Siap!
Jom makan ! Yasmin ambil gambar semua ni. Anak-anak ada idea sendiri. Tak perlu berhidang bagai. Masuk aje dalam satu pinggan...MAKAN !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan