Ahad, 21 September 2014

Nasi Minyak - Kurma Ayam Terbabas dan Papadom yang enak rasanya untuk anak-anak..

Apa lagi yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila semua anak ada di rumah- bising tetapi biarlah..
Apa lagi tugas akak, masak sesuatu untuk mereka.. lama rasanya tidak masak kurma ayam....... gandingannya tentulah nasi minyak. Bersama papadom yang garing dan  sedikit acar timun yang ringkas tetapi tak sempat nak siap untuk ditayangkan Resepi nasi minyak ini akak belajar semasa mengajar di Serdang , Kedah. Menurut kata Cikgu Ghazali, kalau lebih air halianya lebih sedap. 3 ketul halia akak rasa dah cukup  (terpulang lah kalau nak lebih sikit) . Jom kita lihat resepinya;



Resepi Nasi Minyak

7 pot beras (guna beras Jasmine je).
Air untuk masak nasi
1/4 cawan susu cair
2 kiub pati ayam (akak guna Knorr)
3 ketul halia diblender halus dan tapis airnya untuk dimasukkan airnya dalam nasi.

Bahan tumis;
1/2 cawan minyak sapi
*8 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*dihiris
Kulit kayu manis and the gang
3 helai daun pandan- dibasuh dan simpul
2 batang serai diketuk



                                                                           

Cara penyediaannya;

Basuh beras dan tapis.
Panaskan kuali dengan minyak sapi- tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis and the gang, daun pandan dan serai hingga naik bau.
Sambil itu masukkan susu cair dalam periuk nasi elektrik, masukkan juga kiub pati ayam. Masukkan air halia yang ditapis tadi. Hancurkan kiub pati ayam dan masukkan beras tadi. Ratakan beras dan sukat air agar sama dengan tinggi beras. Akak guna cara yang emak ajar dari dulu sampai sekarang( air tangan untuk anak-anak). Akhirnya masukkan bawang dll yang digoreng tadi dengan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik tadi dan masak nasi seperti biasa.



Resepi Kurma Ayam Terbabas

Bahan-bahannya:
1ekor ayam dipotong kecil- basuh bersih (Selawat ye- jangan lupa)
Sebungkus rempah kurma (akak guna Babas)
3 biji ubi kentang- potong 4
2 biji cili merah , 2 biji cili merah dan beberapa biji cili padi (akak masuk sebiji-sebiji-tak potong)
1 biji bawang besar dipotong besar-besar
1 batang lobak merah - potong dadu panjang
satu perdu kecil daun sup dikerat-kerat anggaran 2 inci
1 biji tomato- potong 4
1 mangkuk santan pekat

Bahan tumisan;
*4 ulas bawang putih
*8 ulas bawang merah
*2 inci halia
*dihiris
Kulit kayu manis and the gang.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak dalam periuk
masukkan bahan tumisan. Garing dan berbau wangi.

Masukkan air anggaran 11/2 cawan - bila mendidih- masukkan rempah kurma- kacau rata.
biar masak lama - kering tambah air dan biar mendidih.
Masukkan ayam yang telah dibasuh tadi. Kacau dan biar air ayam keluar. Masukkan santan dan ubi kentang.
Apabila telah menggelegak, ayam dan kentang menjadi lembut - masukkan lobak merah, bawang besar, cili hijau, cili merah, cili padi dan akhir sekali tomato serta daun sup tadi. Rasa garamnya.


Dah siap - tambah dengan gorengan papadom. Rojak timun mentah boleh cuba resepi di bawah;

Dalam sebuah mangkuk gaul sesudu cuka masak, gula dan garam . Stabilkan rasa masam,manis dan masin. Sesudah itu , masukkan  hirisan setengah batang timun (buang kulit luar) , hirisan bawang dan cili merah .Gaul rata dan sesuaikan rasa.Siap!
Jom makan ! Yasmin ambil gambar semua ni. Anak-anak ada idea sendiri. Tak perlu berhidang bagai. Masuk aje dalam satu pinggan...MAKAN !!!

Khamis, 18 September 2014

Cucur udang dan kuah kacang sempoi untuk sarapan pagi


Pagi Khamis - apa sarapan pagi ini? Agak lama tidak mengadun cucur udang.  Adapun bapa kepada anak-anak saya suka makan cucur udang dengan kuah kacang manakala saya suka makan cucur udang begitu saja atau dicicah dengan kuah sos cili. Akak  sebenarnya cukup malas nak goreng kacang tanah. tapi pagi ni terpaksalah juga. Kita jenguk resepinya dulu ye
Inilah rupa cucur udang yang telah digoreng



Resepi Cucur Udang:

500gram tepung gandum
50 sen taugeh-bersihkan dan ditapis.
Secekak daun kucai- dipotong pendek dan bersihkan.
Udang ikut suka berapa banyak nak letak=buang kepala dan ekor.
3 biji bawang putih ditumbuk halus
Setengah sudu kecil kunyit- tak kuning boleh tambah lagi.
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder- jangan banyak nanti rasa pahit kat lidah.
Air - ikut kepekatan yang dikehendaki.




 Cara-cara:
1.Ambil satu mangkuk besar,campurkan taugah,daun kucai, garam,serbuk kunyit, bawang putih tumbuk dan telur- gaul dengan secawan air= biar rata.
2. Masukkan tepung dan baking powder dan udang - gaul lagi- sampai jadi macam adunan kuih ketayap.
3. Rehatkan 15 minit.
4. Goreng dalam minyak yang panas.







 Inilah rupanya cucur yang telah dipotong



 Resepi kuah kacang:

200gram kacang tanah-goreng dan diblender agak halus.
10 - 13 tangkai cili yang telah diblender dengan :
2 hiris halia, 2 hiris lengkuas , sebatang serai dihiris , 5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih serta belacan sebesar ibu jari.( atau udang kering)
sedikit air asam jawa
gula merah, gula pasir dan garam.




Cara-caranya:

1. Panaskan kuali dengan 3 sudu minyak. Tumis cili yang telah diblender tadi
2. Garing , masukkan air asam  dan kacang tumbuk tadi- Kacau rata.
3. Masukkan gula merah,sedikit gula dan garam. Pastikan secukup rasa.
4. Biar menggelegak dan keluar minyak.
5. Boleh ditambah air jika pekat.

Taaadddaaa ---- jemput makan.

Rabu, 17 September 2014

Menu makan malam lagi dan lagi..


Resepi daging tetel masak lemak cili padi dengan sambal kupang segar.




Sambal kupang segar yang sedap hingga menjilat jari.


Daging tetel masak lemak cili padi bersama ubi kentang yang pedas tetapi menyelerakan!

Jom kita lihat resepi sambal kupang dahulu

Sambal Kupang


Bahan-bahannya:

1. 500 gram kupang segar ( Jannah beli di SEGI Supermarket)- bersihkan dan tapis.
2. Cili kering (ikut suka ) diblender bersama  sebiji bawang besar dan 6 ulas bawang putih.
3. Satu kiub pati ikan bilis (jika suka) - belacan pun boleh juga.
4. Sebiji bawang besar dihiris bulat.
5. 2 keping asam keping.
6. Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis cili yang telah diblender tadi.
2. Masukkan asam keping , sedikit garam dan gula- supaya gula akan menjadi karamel dan warna sambal akan merah berkilat.
3. Biarkan hingga garing.. jika kering tambah sedikit air.
4. Masukkan kiub pati ikan bilis.
5. Garing - masukkan kupang dan hirisan cili tadi.
6. Sesuaikan rasanya- pedas , masin dan manis.

Daging tetel masak lemak cili padi dan kentang

Bahan-bahannya:

1. 1 kilo daging tetel (beli di Pasar Tani berdekatan)- akak masak dalam presure cooker 10 minit.
     Rebus dulu pun boleh dengan sedikit garam. Kemudian dihiris kecil.
2. 10 - 15 biji cili padi siam diblender bersama 5 ulas bawang merah ( tak perlu bawang putih untuk masak lemak ) dan seketul kunyit hidup.
3.  2 butir ubi kentang - potong 4 .
4.  2 batang serai, 1 ketul halia dan 1 ketul lengkuas- semua bahan ini diketuk-ketuk.
5.  2 asam keping,
6.  Semangkuk pati santan dan dua mangkuk santan cair.
* Jika suka boleh masuk sehelai daun kunyit yang dihiris halus.

Cara-caranya:
1. Dalam sebuah periuk, masukkan cili yang telah diblender bersama ubi kentang , asam keping , halia, lengkuas dan serai tadi.
2. Masukkan 2 mangkuk santan cair tadi dan garam serta sedikit gula. Kacau rata.
3. Jerang atas api, bila menggelegak masukkan daging tadi.
4. Pastikan ubi kentang empuk barulah masuk santan pekat.
5. Rasa masin / manisnya dan jika suka masukkan daun kunyit .


Siap dua resepi simple tetapi amat digemari oleh anak-anak. Semoga nanti akan dihidangkan untuk cucu-cucu pula (he..he..) Kupang adalah kegemaran budak  Jannah. (Orang Melaka guna "budak"). Diulang buka tudung saji untuk meratah kupang-kupang tu.. Sanggup singgah SEGI untuk beli kupang otw nak balik Bukit Beruntung. Makanlah anak....jangan tak makan.....






Selasa, 16 September 2014

Kimbap aka lemang Korea

Resepi kimbap aka lemang Korea

Dua anak dara= Jannah dan Yasmin, hari ni terajin plak nak masak tapi masakan korea yang akak tak berapa nak minat... jadi layan aje lah . Biarlah dia orang duduk dapur... dah siap baru akak jenguk dapur, inilah rupanya kimbap. Mula tu ok tapi bila abah depa tengok terus dia tanya 'ni lemang apa ni?. Oklah tu ..akak rasa 2 potong ..tekak melayu asli tak boleh pi lah..Rasa macam pulut tapi beras Korea pendek gempal - macam orang Korea juga - he..he.. Sorry baby..ibu tak boleh makan lemang Korea ni! Korang adik beradik ajelah makan.. Ibu dengan abah makan lauk Melayu aje.... Kita tengok  lah resepinya;

**************************************************************************
taking over from here =)

kimpab looks like sushi but it's korean snacks.
well this is most probably the simplest way to make kimbap that you can find. you can actually find some other elaborated recipes, more stuff to do like frying up the veges and more fillings. but we're just too lazy so these are just the basic stuff to assemble sth looking like a kimbap. lol
all the ingredients may not sound familiar but if you just look closely, you can have em all from your nearest tesco or giant or whatever.

                         Ini lah dia kimbap yang dah dipotong- cantik juga rupanya.

Resepi ni ditulis dalam BI sebab dua gadis manis ni yang buat- kalau akak BM aje! 

Kimbap recipe 

Ingredients (for 6 rolls):

- a cup of calrose rice, cooked
- 6 roasted seaweed
- 2 eggs, fried into flat omelet, cut into long strips  
- 1/2 carrot, cut into long strips
- 1/2 cucumber, cut into long strips
- 3 beef patties (or chicken or both),cut into long strips
- 5 sausages (or crab filaments), cut into long strips
the quantity may vary depending on your personal preferences, if you want more veges or patties or eggs.

Preparation:

  1. If you want to have the feels going, you can use the rolling mat but if you do not have it, you just lay one sheet of seaweed on a flat surface.
  2. Spread some rice into the sheet, not too thick.  Leave about one inch on two opposite end. You can pat the rice down by using spoon to avoid getting your fingers all sticky.
  3. Lay all the fillings on top in one side. Then roll. Press a bit to ensure the fillings stay inside.
  4. Set aside and continue with other seaweed sheets. 
  5. Cut one roll into 6 to 8 pieces. 
Tadaaa! All done. --Lemang ...he..he..


p/s: we had some leftover of the fillings so we mixed everything in a bowl with mayo. omnomnom lol

Ini lebihannya - so depa makan lah..




Ahad, 14 September 2014

Sarapan Pagi Ahad

Bubur Nasi Berlauk  yang walla!! 

Bubur nasi bersama ikan masin, goreng kacang panjang hati ayam,sambal cili padi ikan bilis berkentang dan carikan ayam.


Bangun pagi minggu - apa lagi yang ada di minda dengan anak anak semua ada di rumah --tentulah apa menu untuk sarapan ... masing-masing ada request --Razin nak makaroni bakar, Yasmin nak buat "kimbap" aka lemang Korea! (kata ayahnya), Jannah - macam biasa spaghetti bolognaisenye manakala Nazif seperti biasa apa pun BOLEH- janji ada makanan.

Anak-anak masih tidur. Biasalah malam minggu..tidur lewat. Masuk dapur, buka peti ais --tengok apa yang ada. Kangkung tiada--kacang panjang ..bolehlah-janji ada sayur .

Meh , kita tengok resepinya.

Dari atas kanan - sambal cili api, kacang panjang goreng, ikan masin, hirisan daun sup dan ayam yang telah dicarik.

Sup Ayam:

Rebus isi ayam (dada) bersama 5 cawan air
1kiub pati ayam -kak guna Knorr
Seketul halia, 5 ulas bawang putih (diketuk) dan sebiji bawang besar (dihiris)
Renihkan ayam sehingga masak. Ayam kemudian dikeluarkan dan dicarik-carik.

Bubur Nasi:

1 mangkuk beras 
4 cawan air sup ayam (Kalau tidak cukup kembang nasinya - tambah dengan air biasa)
1 kiub pati ayam
Sehelai daun pandan atau sebatang serai (ikut suka)
Masak atas api sehingga nasi kembang menjadi bubur.
(Akak masak guna periuk tekanan Noxxa- set masa 7 minit sahaja dah masak.) Oklah kan - dah 5 series baru dapat guna periuk begini..uhuh


Resepi Sambal Cili Padi Ikan Bilis Bersama Kentang

2 biji kentang dikupas dan potong seperti kentang goreng (kerat 2 atau 3 agar lebih pendek-senang nak makan)
1 bungkus lobak masin- potong dadu dan rendam dengan air
2 genggam ikan bilis
*15 - 20 biji cili padi
*6 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
* dikisar kasar
sebatang serai (diketuk) dan sebiji bawang besar dipotong bulat
2 keping asam , garam, gula

Panaskan minyak-goreng kentang-lembut -angkat.
ikan bilis - goreng dengan minyak yang sama-angkat
lobak masin- goreng - angkat.
Minyak yang tadi juga- tumis cili padi yang telah diblender, masukkan serai yang diketuk dan asam keping
Biar hingga garing , masukkan gula dan sedikit garam
Masukkan ikan bilis, kentang dan lobak masin tadi serta bawang yang dah dipotong bulat, Sesuaikan rasanya.



 Ikan masin yang dibeli di Kuala Kedah- bersama  cili padi dan bawang
                                       Bubur nasi yang telah siap untuk dinikmati....Jom Makan!

Ikan Masin Goreng

Ikan masin (apa sahaja ikan masin) - goreng dan keluarkan - letak dalam piring.
Masukkan sebiji bawang besar dan 8 biji cili yang dihiris ke dalam minyak tadi.
Garing - masukkan ikan masin tadi - gaul dan angkat.

Resepi kacang panjang bersama hati dan mempedal ayam.

10 batang kacang panjang- hiris panjang
Sebungkus cendawan hitam - juga dihiris panjang-panjang.
Sedikit mempedal dan hati ayam- potong kecil dan bersihkan - gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
3 ulas bawang putih yang dicincang halus dan sedikit hirisan bawang merah dan hirisan cili merah.

Panaskan minyak - goreng mempedal dan hati ayam yang telah digaramkunyitkan-goreng garing.
Ketepikan- masukkan bawang putih dan bawang merah serta cili yang dihiris tadi.
Garing - masukkan kacang panjang dan cendawan- gaul rata. Rasa garamnya.

Bubur nasi ini sebenarnya boleh dimakan bersama kangkung goreng belacan dan telur masin yang direbus dan dihancurkan. Untuk lebih menyelerakan - hidangkan bersama daun sup, daun bawang yang dihiris dan bawang goreng.

Apa-apa pun - ikut selera masing-masing.. dalam menikmati hidangan.. janji sodap!!

Khamis, 11 September 2014

Makan Malam - masak lemak cili padi ayam nangka muda dengan masak tempoyak daun kayu .



Malam ini baru lah dapat meluangkan masa untuk menulis tentang resepi yang ari tu... Sibuk dengan dua anak lelaki yang tak sabar nak makan dan kena perhatikan aktiviti mereka seharian. Anak zaman sekarang , generasi Y yang sentiasa ada sahaja jawapannya jika ditegur. tidak suka dikritik dan punya pandangan sendiri.

Jom kita layan resepi hari tu.. memang resepinya mudah kerana tujuan blog ini dicipta untuk tatapan anak-anak gadis akak yang tak berapa nak pandai masak..sedangkan ibu mereka antara ibu yang boleh masak.
Sibuk belajar, yang pertama - Jannah di UITM,Shah Alam. Yasmin yang kedua di Kolej MARA Banting. Tinggallah 2 lagi yang lelaki.. suka-suka hati melakukan penderaan ke atas ibu mereka...sentiasa lapar..


Resepi -resepinya:

1. Masak lemak cili padi ayam dengan nangka muda.

Bahan-bahannya:

Ayam (ikut ramai yang makan)-potong kecil dan basuh bersih-jangan lupa selawat.
Nangka muda-rebus dahulu dengan garam sampai lembut
*10 tangkai cili padi- nak pedas lebihkan
*kunyit hidup 2 hiris
*bawang merah 3 - 4 ulas
* diblender halus

Ketuk 2 batang serai, sebuku halia dan sebuku lengkuas, asam keping-2hiris
Masuk ayam dan semua bahan dalam periuk. kecuali nangka muda.
Masukkan santan- akak guna separuh santan kotak - yang paling ok ialah cap ayam. Separuh lagi simpan untuk jadikan pati.
Masak sehingga menggelegak - bila ayam dah lembut- masukkan nangka yang dah rebus tadi. Kacau lagi agar mesra. Rasa garam dan gulanya...masukkan santan yang baki tadi..kacau perlahan dan jangan lama.Sesuaikan rasanya...Kalau suka masuk daun kunyit- sedap woooo.wangi sangat tetapi ayah kepada anak-anak akak tak makan daun kunyit--busuk dia kata...akak makan dengan nasi daun kunyit tu--sodap
bonar!!!

Resepi ke-2 - Masak lemak tempoyak daun kayu

Bahan-bahan :
HIRIS halus-halus
3 ikat pucuk ubi -ambik yang lembut- hiris dan celur Dah celur=buang air dan tapis.
2 helai daun kunyit
1 ikat pucuk labu
3 helai daun mangun (kalau tak tahu- tanya mak kat kampung)
4 helai pucuk kaduk
4 helai daun semangkuk - pilih yang lembut
(pelbagai jenis pucuk kayu boleh masuk dalam lauk ini cuma pastikan daun tu yang boleh dimakan.
 Dah siap hiris semua - basuh dan masukkan semua dalam sebuah periuk.

Bahan kisar;
20 tangkai cili padi
seketul kunyit hidup
3 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis
2 atau 3 senduk tempoyak

Sekarang masanya untuk blender 20 tangkai cili padi, kunyit hidup dan bawang merah 3biji . Dah kisar halus - masukkan segenggam ikan bilis dan dikisar kasar. Siap- masuk dalam periuk daun-daun tadi.
Seterusnya masukkan 2 atau 3 senduk tempoyak ( Janganlah tempoyak yang dah lama sangat- nanti masam sangat. Selalunya Kak Su campurkan tempoyak yang baru dibuat dengan yang lama.-ngam rasanya.

Masukkan juga santan pekat dari sebiji kelapa. jangan lupa hiris dua petai-petai dan masukkan dalam periuk. Kacau rata-rata.Jerang atas dapur. Kacau selalu nanti hangus- Dah masak - rasa garam gulanya... OK=dah siap.

Lauk pucuk kayu tempoyak ini sedap bila dipanaskan keesokan harinya..Ikan masin goreng dimakan dengan pucuk kayu tempoyak--pppeeerrgghhh- hanya orang yang pernah makan dapat menilai keenakannya.. Jemput makan!



Jemput makan!












Sabtu, 6 September 2014

Dinner Tonight~~~ (My First Post!!!)

Kari Kepala Ikan- nampak tak mata bulat ikan tu- merenung kita!

Ayam Masak Kicap Berempah



























Menu untuk malam ini bersama keluarga Kak Su...
Kari kepala ikan dan ayam masak kicap berempah
Setelah beberapa hari berada di Lumut, Perak atas dasar kerja, akhirnya hari ini Kak Su mendapat inspirasi untuk memasak sesuatu yang sedikit special. ahaks ahaks
yang paling penting it's easy and my kids loved it. licin kauuuuu. haaaaa..

Setelah beberapa minggu sibuk dengan PT3...hari ni rasa teruja sangat nak masak dan ambil gambar untuk masuk dalam blog yang baru Kak Su minta anak-anak buatkan.. rasanya seronok juga dapat simpan semua resepi untuk menjadi rujukan anak-anak terutamanya Jannah dan Yasmin- anak dara berdua tu. Razin dan Nazif mungkin tidak begitu teruja untuk melihat blog ibunya ini...yang penting buat mereka --MAKAN.

Jom tengok resepinya-

Kari Kepala Ikan

Se ekor ikan agak besar- apa-apa ikan - akak guna ikan  nyut-nyut
5 biji bendi dan sebiji terung bulat

Bahan tumis;

5 ulas bawang merah  dan 5 ulas bawang putih dihiris
1 biji tomato - dicincang
2 tangkai daun kari
Campuran halba,biji sawi 

2 senduk serbuk Kari Ikan -Kak Su guna Rempah kari Cap O
1/2 senduk serbuk kurma Cap Baba's
Setengah kotak santan

Cara-caranya :

Panaskan periuk- masuk sesenduk minyak.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih , masukkan tomato cincang dan daun kari.
Bila garing- masuk biji sawi- jangan biar hangus biji sawi-nanti kari rasa pahit.
Curah air panas dalam periuk ikut berapa banyak kuah yang kita perlukan.
Menggelegak- masukkan rempah kari ikan dan rempah kurma. Jika kuah cair, tambah rempah kari ikut kepekatan yang diingini. Time ni kena adjust sendiri banyak kuah dan kepekatannya.
Biar menggelegak dan bila kuah kurang tambah air semula. Rempah kari perlu cukup masaknya.
Dah masak rempahnya masukkan santan-kacau - sesuaikan rasa garamnya.
Masuk bendi dan terung yang telah dipotong 4. Jika suka masukkan cili hijau dan cili merah.
Akhir sekali masukkan ikan tadi. Biar menggelegak dan tutup api bila ikan telah masak.

okay - dah siap. Setelah berkahwin dengan orang utara- masakan kari ini antara feberet ayah kepada anak-anak Kak Su. Itu pun makan tahun juga nak ikut selera dia.. apa-apa pun akak rindu masak lemak cili api dan asam pedas- orang Melaka lah gamaknya...

Resepi kedua;

Ayam Masak Kicap Berempah

Ayam sekoq - potong ikut suka= tak perlu goreng

Bahan tumisan ;
Kulit kayu manis and the gang
5 ulas bawang putih dan sebiji bawang besar dihiris
Setangkai daun kari (jika suka)- akak tak letak

Bahan kuah :

Sesenduk cili kering yang telah dikisar dengan setengah biji bawang besar, 5 ulas bawang putih dan 3 hiris halia.
3 sudu rempah kari daging( Cap O juga )
1 sudu kecil jintan manis dan 1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap pekat dan sedikit kicap manis - ikut rasa
Sedikit asam jawa
1/4 cawan susu cair
2 sudu kerisik, garam dan gula
Sebiji bawang besar dipotong bulat, dan 2 biji cili hijau dipatah-patahkan

Cara-caranya:

1. Panas minyak - Tumis bahan tumisan di atas sehingga garing.
2. Masukkan cili kisar , garing - rempah kari, jintan manis dan jintan putih- jika kering- tuang sedikit air.
3. Garing-masukkan cili sos, tomato sos, sos tiram,kicap pekat, kicap manis,air asam jawa.
4. Masukkan ayam- gaul biar merenih sekejap- kemudian masukkan susu cair tadi dan kerisik.
5. Gaul dan biar menggelegak. Masukkan garam dan gula ( hati-hati letak garam -takut masin).Sesuaikan kuahnya -  rasa manis,pedas dan masin.
6. Akhir sekali masukkan bawang potong bulat dan cili hijau.

Okay..eating time...